Faktor Penentu Pembayaran Zakat Di Lembaga Zakat Selangor: Kajian Di Daerah Petaling

Authors

  • Khairul Azhar Meerangani Universiti Teknologi MARA
  • Amirah Syakirah Amizi Kolej Universiti Islam Melaka
  • Mohd Farhan Md Ariffin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Ikhlas Rosele Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no2.57

Keywords:

Kutipan, Faktor Penentu, Pembayaran, Perkhidmatan, Lembaga Zakat Selangor

Abstract

Hasil kutipan bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Faktor-faktor seperti hebahan kempen dan promosi, kualiti dan kecekapan perkhidmatan serta pengoptimuman medium ICT dilihat telah menyumbang kepada peningkatan ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor penentu yang mempengaruhi pembayaran zakat di LZS oleh masyarakat Islam daerah Petaling. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan dengan saiz sampel yang ditetapkan adalah seramai 145 orang terdiri daripada penduduk Muslim berumur antara 25 tahun hingga 56 tahun ke atas. Set soal selidik telah diedarkan di LZS cawangan daerah Petaling serta kawasan sekitarnya seperti Masjid Negeri, Subang Jaya dan Puchong. Hasil kajian menunjukkan masyarakat Islam khususnya di daerah Petaling secara umumnya mempunyai kesedaran yang baik tentang aktiviti pembayaran zakat. Faktor penentu yang dikaji iaitu kualiti perkhidmatan dan aktiviti dakwah menunjukkan perhubungan yang positif terhadap pembayaran zakat di LZS. Nilai korelasi yang tertinggi sekali adalah aktiviti dakwah/pengurusan tadbir (r = .466, n = 145, p = .01), diikuti oleh korelasi kualiti perkhidmatan (r = .352, n = 145, p = .01). Strategi dakwah serta urus tadbir yang baik dan efektif dilihat mempengaruhi pembayaran zakat oleh masyarakat seterusnya membawa kepada peningkatan kadar kutipan zakat di LZS.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-15

How to Cite

Meerangani, K. A., Amizi, A. S., Md Ariffin, M. F., & Rosele, M. I. (2021). Faktor Penentu Pembayaran Zakat Di Lembaga Zakat Selangor: Kajian Di Daerah Petaling. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 2(2), 01-18. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no2.57

Issue

Section

Regular Issues