Konsep Zakat Syarikat Menurut Perspektif Hukum Islam
DOI:
https://doi.org/10.51377/azjaf.vol6no1.181Keywords:
zakat syarikat, konsep, fiqh, legal entity, maqasid SyariahAbstract
Perbincangan zakat syarikat masih lagi menjadi topik penting dalam kalangan intelektual Islam. Tambahan pula di Malaysia, perbincangan adalah lebih fokus kepada usaha melaksanakan dan menyelaraskan perlaksanaan kutipan zakat syarikat di Malaysia. Namun, beberapa isu fiqh juga masih perlu perbincangan yang lebih holistik. Antara aspek utama dalam membahaskan isu zakat syarikat adalah berkaitan dengan konsep fiqh zakat syarikat. Oleh kerana itu, kajian ini akan menjelaskan konsep fiqh zakat syarikat dan beberapa asas kewajipannya. Kajian ini adalah bersifat kualitatif di mana data-data perpustakaan digunakan sepenuhnya. Data-data tersebut kemudian di analisis secara induktif dan deduktif. Kajian mendapati konsep zakat syarikat boleh dibangunkan dengan kerangka fiqh dan tidak semestinya bergantung kepada konsep zakat perniagaan. Asas kewajipan zakat syarikat juga boleh melihat melalui perbincangan teori percampuran harta, rangkuman harta, konsep kesuburan harta dan maqasid Syariah.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Muhammad Ikhlas Rosele

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.