Isu-Isu Pengurusan Dana Awam dalam Sistem Perkhidmatan Islam di Malaysia dari Perspektif Hukum Islam: Tumpuan Zakat, Sedekah dan Wakaf
DOI:
https://doi.org/10.51377/azjaf.vol7no1.224Keywords:
dana awam, zakat, sedekah, wakaf, perkhidmatan IslamAbstract
Kajian ini menganalisis isu-isu yang menyentuh aspek muamalat dalam sistem perkhidmatan Islam di Malaysia terdiri daripada perkhidmatan zakat, sedekah dan wakaf dari perspektif hukum Islam. Di Malaysia, sektor perkhidmatan Islam seperti zakat, sedekah dan wakaf mulai diterima dalam kalangan masyarakat sebagai salah satu mekanisme yang berupaya membantu meningkatkan taraf kehidupan sejahtera masyarakat. Namun, sesetengah pihak masih mempersoalkan tahap ketelusan pengurusan dana agensi-agensi yang menguruskan perkhidmatan Islam apabila menganggap pengurusan dana hasil kutipan orang ramai tidak terhad kepada kutipan dan agihan semata-mata, malah turut dibelanjakan dan dilaburkan bagi tujuan lain. Justeru, terdapat satu keperluan bagi menganalisis pandangan hukum Islam mengenai kewajaran menggunakan dana awam yang diperolehi hasil daripada kutipan zakat, sedekah dan wakaf bagi tujuan perbelanjaan dan pelaburan yang dimaksudkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya melalui analisis dokumen bagi mendapatkan pandangan Islam berkaitan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat keharusan syarak mengenai pengambilan dana dalam bahagian ‘amil (zakat dan sedekah) serta nazir (wakaf), dengan kadar yang boleh diselaraskan. Manakala bagi aktiviti pelaburan, kajian mendapati syarak mengharuskan tujuan berkenaan dalam konteks sedekah dan wakaf sahaja, manakala dalam konteks zakat ia masih diperdebatkan dan memerlukan penelitian khusus. Justeru, kajian mencadangkan satu panduan ke arah menangani isu-isu berkenaan dalam konteks pengurusan hukum Islam semasa.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Mohd Nazril Saad, Muhammad Safwan Harun, Muhammad Ikhlas Rosele

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.














