Motivasi Pembayaran Zakat Pendapatan: Satu Analisis Kualitatif

Authors

  • Syadiyah Abdul Shukor Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no2.65

Keywords:

zakat pendapatan, motivasi, kualitatif

Abstract

Zakat pendapatan merupakan salah satu jenis zakat yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam yang telah mencukupi syarat haul dan nisab. Fatwa kebangsaan dan beberapa negeri di Malaysia telah mewajibkan pengeluaran zakat pendapatan kepada mereka yang layak. Walau bagaimanapun, jumlah kutipan zakat pendapatan menunjukkan masih ramai yang belum menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat pendapatan. Bagi meningkatkan kutipan zakat pendapatan, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pembayaran zakat pendapatan. Untuk tujuan kajian ini, temu bual melibatkan enam (6) orang penyumbang zakat pendapatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijalankan untuk mengetahui sebab-sebab yang mendorong mereka untuk membayar zakat pendapatan. Hasil kajian mendapati lima (5) tema utama yang mendorong seseorang individu membayar zakat pendapatan termasuk menjalankan kewajipan sebagai umat Islam, keberkatan rezeki, galakan dan dorongan dari persekitaran, rasa tanggungjawab dalam membantu golongan yang memerlukan dan kemudahan pembayaran zakat pendapatan. Justeru, beberapa saranan telah dicadangkan untuk meningkatkan jumlah kutipan dan pembayar zakat pendapatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-15

How to Cite

Abdul Shukor, S. (2021). Motivasi Pembayaran Zakat Pendapatan: Satu Analisis Kualitatif. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 2(2), 179-198. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no2.65

Issue

Section

Regular Issues

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.