Faktor-Faktor Kesediaan Guru Sekolah terhadap Pembayaran Zakat melalui Potongan Gaji ke Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Authors

  • Siti Syarwani Ghazali Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
  • Farah Wahida Abd Rahman Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
  • Siti Nur Azzyati Saharuddin Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
  • Amira Hakimah Halimi Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
  • Nazhatul Ain Hisamudin Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
  • Mohamad Fitri Mohamad Yusoff Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol4no3.176

Keywords:

zakat pendapatan, potongan gaji, guru, kesediaan, halangan, Wilayah Persekutuan

Abstract

Kaedah pembayaran zakat melalui potongan gaji dilihat dapat membantu pembayar yang layak membayar zakat daripada terlupa membuat bayaran zakat sekali gus, mengurangkan beban pembayaran dalam jumlah yang besar pada akhir tahun. Walau bagaimanapun, laporan zakat PPZ-MAIWP mendapati penglibatan guru-guru sekolah membuat potongan gaji bulanan berada dalam kadar 40 peratus. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti kesediaan guru sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan terhadap pembayaran zakat melalui potongan gaji. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama pertama; mengenal pasti keterlibatan guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan dalam pembayaran zakat pendapatan ke PPZ-MAIWP, kedua; mengenal pasti kaedah pembayaran zakat pendapatan dalam kalangan guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan dan ketiga; menganalisis faktor-faktor kesediaan dan halangan pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji dalam kalangan guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan menggunakan reka bentuk konvergen. Seramai 377 responden dalam kalangan guru sekolah yang terlibat untuk menjawab borang soal selidik manakala, seramai 12 informan yang terdiri daripada Guru Besar, Pengetua sekolah dan Pegawai PPD di Wilayah Persekutuan untuk ditemu bual secara separa berstruktur. Berdasarkan dapatan kajian kuantitatif, kesediaan para guru membayar zakat melalui potongan gaji menunjukkan tahap yang tinggi. Hasil kajian mendapati faktor motivasi, sikap dan kepercayaan mendorong kesediaan guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji. Seterusnya, hasil dapatan kualitatif dilihat kebanyakan pengurusan sekolah adalah bersedia dalam menguruskan dan memberi galakan kepada guru sekolah dalam pembayaran zakat melalui potongan gaji.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2023-09-29

How to Cite

Ghazali, S. S., Abd Rahman, F. W., Saharuddin, S. N. A., Halimi, A. H., Hisamudin, N. A., & Mohamad Yusoff, M. F. . (2023). Faktor-Faktor Kesediaan Guru Sekolah terhadap Pembayaran Zakat melalui Potongan Gaji ke Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 4(3), 169-185. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol4no3.176

Issue

Section

Regular Issues