Bebanan Hutang PTPN: Solusi dari Perspektif Zakat

Authors

  • Mohamad Fitri Mohamad Yusoff Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
  • Muaz Zaim Ali Sabri Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol6no1.198

Keywords:

al-Gharimin, pinjaman pendidikan, senarai hitam, pengecualian bayaran pinjaman, di bawah paras kelayakan

Abstract

Pinjaman pendidikan PTPTN bertujuan membantu menjelaskan yuran pengajian di IPTA/IPTS terutama bagi pelajar yang berasal daripada keluarga dalam kumpulan asnaf atau B40. Sesuai dengan bantuan yang bersifat pinjaman, proses bayaran balik hendaklah dibuat selepas dua belas (12) bulan tamat tempoh pengeluaran pinjaman tanpa perlu menunggu notis bayaran balik. Kegagalan graduan/peminjam memulakan proses bayaran balik berpotensi mengakibatkan mereka disenarai hitam dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS). Hanya pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda kelas pertama layak memohon pengecualian bayaran balik pinjaman. Situasi semasa juga menyaksikan bukan semua pelajar berjaya memperolehi pekerjaan selepas menamatkan pengajian selain terpaksa bekerja dengan bayaran gaji di bawah paras kelayakan (under paid). Justeru dengan menggunakan kaedah temuramah informan kajian ini bertujuan mengenal pasti kewajaran mengkategorikan graduan penghutang PTPTN di bawah asnaf al Gharimin untuk membantu mereka menjelaskan pinjaman agar tidak terjerumus ke dalam risiko yang lebih besar. Kajian mendapati bahawa takrif al-Gharimin boleh diperluas selaras dengan situasi keberhutangan semasa seperti pinjaman pendidikan. Malah telah ada instrumen membantu pelajar menjelaskan pinjaman pendidikan melalui dana zakat walaupun instrument tersebut belum menyeluruh. Kajian juga mendapati kewajaran mengkategorikan penghutang PTPTN di bawah asnaf al-Gharimin.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-03-14

How to Cite

Mohamad Yusoff, M. F., & Ali Sabri, M. Z. . (2025). Bebanan Hutang PTPN: Solusi dari Perspektif Zakat. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 6(1), 45-59. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol6no1.198

Issue

Section

Regular Issues

Most read articles by the same author(s)