Program Latihan Dalam Membangunkan Asnaf Di Selangor

Authors

  • Muhammad Firdaus B Hj Suhaimi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Ghafar Don Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anuar Puteh Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no2.66

Keywords:

Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor, Program latihan, Kemiskinan, Kemelaratan

Abstract

Golongan asnaf adalah kumpulan masyarakat yang seringkali dikaitkan dengan masalah dalam kehidupan seperti kemiskinan, kemelaratan, bebanan hidup dan kejahilan. Faktor kefakiran dan kemiskinan ini boleh mendorong mereka kepada terjebak dalam anasir yang tidak sihat dan merosakkan. Keadaan hidup mereka yang mendesak perlu dibantu dengan tujuan meringankan bebanan, mengeluarkan dari belenggu kefakiran dan kemiskinan. Bagaimanapun dalam masa yang sama mereka perlu diberi latihan agar dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan tidak lagi bergantung kepada bantuan zakat. Artikel ini bertujuan menganalisis aspek pembangunan asnaf di Selangor melalui program latihan yang dilaksanakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan tumpuan kajian terhadap asnaf fakir dan miskin. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapat data kajian dengan menemu bual Dr Hajah Adibah Binti Abd Wahab Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS (MAIS) dan Timbalan Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf Encik Nurhisham Bin Shamsir bagi mengetahui tentang tujuan dan bentuk latihan yang diberikan kepada asnaf zakat di Selangor. Kajian mendapati LZS telah melaksanakan program-program pembangunan latihan dalam bentuk program keusahawanan dan ekonomi, program kerohanian dan pembangunan kerjaya. Program-program ini dirangka khusus bagi tujuan mengeluarkan asnaf dari kefakiran dan kemiskinan di samping membina keperibadian yang mulia dengan tidak lagi terlalu mengharapkan bantuan dari Lembaga Zakat Selangor. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-15

How to Cite

B Hj Suhaimi, . M. F., Don, A. G., & Puteh, A. (2021). Program Latihan Dalam Membangunkan Asnaf Di Selangor. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 2(2), 199-216. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol2no2.66

Issue

Section

Regular Issues

Most read articles by the same author(s)