Keperluan Pematuhan Indeks Al-Maqasid Syariah Bagi Institusi Zakat Di Malaysia

Authors

  • Ahmad Shukri Bin Yusoff Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Rosli Bin Mokhtar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no2.33

Keywords:

Maqasid Syariah, indeks syariah Malaysia, pentadbiran zakat

Abstract

Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif melancarkan Model Indeks Syariah Malaysia sebagai penanda aras kepada pencapaian maqasid syariah dalam pentadbiran negara. Maqasid syariah, khasnya dari aspek pentadbiran memainkan peranan penting dalam memelihara kemaslahatan masyarakat. Objektif utama kajian ini adalah memperkenalkan Indeks Maqasid Syariah yang disediakan oleh JAKIM kepada pentadbiran zakat di Malaysia, disamping menjelaskan keperluan-keperluan disebalik pematuhan tersebut. Kajian ini menjalankan proses pengumpulan data melalui teknik analisis dokumen. Secara keseluruhan terdapat tiga keperluan yang mendorong pematuhan ini iaitu pertama, wujudnya pencapaian kutipan yang tidak seimbang; kedua, meningkatnya aduan berkenaan agihan zakat; dan ketiga, kepercayaan masyarakat. Ini akhirnya sebagai usaha untuk menarik lebih ramai orang untuk lebih mendekati institusi zakat disamping membina kepercayaan masyarakat terhadap tadbir urus zakat. Dengan memenuhi kriteria Indeks Syariah Malaysia, pentadbiran zakat akan berpotensi memperoleh lebih fleksibiliti sejajar dengan kemaslahatan, menghasilkan tindakan-tindakan yang membawa kepentingan kepada negara dan rakyat, dan akhir sekali menyerlahkan kesempurnaan Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-02-22

How to Cite

Bin Yusoff , A. S. ., & Bin Mokhtar, . R. . (2021). Keperluan Pematuhan Indeks Al-Maqasid Syariah Bagi Institusi Zakat Di Malaysia. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 1(2), 105-122. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no2.33

Issue

Section

Special Issue