Konsep Hospital Mesra Ibadah: Tadbir Urus Berasaskan Maqasid Al-syariah Dan Peranan Zakat

Authors

  • Ishak Mas'ud Akademi Hospital Mesra Ibadah
  • Mohd Zulkifli Awang Akademi Hospital Mesra Ibadah
  • Nurul Aisyah Amir Ramli Akademi Hospital Mesra Ibadah
  • Surina Binti Mohamad Shafi Akademi Hospital Mesra Ibadah

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no2.31

Keywords:

Konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI), Maqasid al-Syariah, Hospital Pakar al-Islam, elemen HMI, urus tadbir hospital, peranan institusi zakat

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang telah dilaksanakan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia secara rasmi sejak 2014. Konsep HMI ini diperkenalkan untuk memberi satu dimensi baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan dalam menjadikan sistem yang terdapat di dalam perkhidmatan kesihatan patuh kepada syariah Islam. Namun begitu, Hospital Pakar al-Islam yang telah memperkenalkan konsep HMI sejak 2006 mempunyai sedikit kelainan yang mana Maqasid al-Syariah dijadikan sebagai panduan utama dalam tadbir urus hospital. Maqasid al-Syariah dilihat dapat merealisasikan urus tadbir yang cekap dan berjaya di pelbagai peringkat jabatan dan unit yang terdapat di hospital. Justeru, kajian ini akan merungkai beberapa elemen penting dalam konsep HMI yang berpandukan kepada Maqasid al-Syariah dalam urus tadbir di hospital. Salah satu komponen penting dalam HMI berdasarkan Maqasid al-Syariah ialah sumbangan zakat. Peranan institusi zakat amat penting dalam memperkasakan lagi konsep HMI dalam pengurusan hospital. Metodologi penyelidikan dilakukan menggunakan kaedah kualitatif di mana rujukan didokumentasi menggunakan data maklumat dari buku, kertas penyelidikan dan dokumen lain yang berkaitan. Hasil kajian mendapati peranan zakat mampu memperkasakan konsep HMI manakala tadbir urus melalui penerapan Maqasid al-Syariah terbukti berjaya dalam pelaksanaan konsep HMI.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-02-22

How to Cite

Mas’ud, . I., Awang , M. Z., Amir Ramli, . . N. A., & Binti Mohamad Shafi , . S. . (2021). Konsep Hospital Mesra Ibadah: Tadbir Urus Berasaskan Maqasid Al-syariah Dan Peranan Zakat. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 1(2), 71-90. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no2.31

Issue

Section

Special Issue