Zakat Crude Palm Oil Futures (FCPO): Kajian Hukum Takyif Fiqhi dan Cadangan Kaedah Kiraan

Authors

  • Muhammad Ridhwan Ab. Aziz Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd. Nazri Mohd. Noor Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Hafiz Mohd Dasar Universiti Teknologi Malaysia
  • Nadhirah Solehah Khairi Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol7no2.276

Keywords:

zakat, FCPO, takyif fiqhi, kaedah pengiraan zakat, kewangan Islam

Abstract

Kelapa sawit merupakan salah satu jenis hasil pertanian yang menghasilkan keuntungan dalam jumlah yang besar yang memerlukan pemahaman dan kajian bagi zakat ke atas produk kewangan Islam yang moden ini demi manfaat umat Islam. Kajian ini bertujuan menganalisis zakat ke atas instrumen Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah atau Crude Palm Oil Futures (FCPO) dengan memberi penekanan kepada aspek sandaran fiqh (takyif fiqhi) serta cadangan kaedah pengiraan zakat yang praktikal. Perkembangan instrumen derivatif telah mewujudkan bentuk harta baharu yang berbeza daripada kerangka zakat tradisional, sekali gus memerlukan penilaian semula dari sudut hukum dan aplikasi. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kajian kepustakaan, temu bual bersama pedagang (trader) FCPO, pihak Bursa Malaysia, pakar Syariah serta analisis dokumen transaksi sebenar. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan dalam mentakyifkan FCPO sama ada sebagai hak kewangan atau representasi komoditi sebenar, yang memberi kesan langsung kepada asas pengiraan zakat. Selain itu, amalan dagangan sebenar lebih tertumpu kepada nilai portfolio secara kumulatif berbanding transaksi individu. Berdasarkan dapatan tersebut, kajian ini mencadangkan kaedah pengiraan zakat berasaskan penilaian nilai portfolio pada akhir haul dengan mengambil kira keuntungan serta penolakan kos transaksi. Pendekatan ini lebih praktikal dan selari dengan realiti pasaran semasa. Kajian ini turut mencadangkan keperluan standardisasi kaedah pengiraan zakat bagi instrumen kewangan moden.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2026-09-25

How to Cite

Ab. Aziz, M. R., Mohd. Noor, M. N., Mohd Dasar, M. H., & Khairi, N. S. (2026). Zakat Crude Palm Oil Futures (FCPO): Kajian Hukum Takyif Fiqhi dan Cadangan Kaedah Kiraan. AZKA International Journal of Zakat and Social Finance, 7(2), 135–147. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol7no2.276

Issue

Section

Articles