Peranan Dana Zakat dalam Menyokong Bantuan Bank Makanan Ketika Krisis Bencana
DOI:
https://doi.org/10.51377/azjaf.vol7no1.239Keywords:
asnaf, zakat, bank makanan, bencana, maqasid syariahAbstract
Dana zakat merupakan salah satu instrumen penting dalam sistem kewangan Islam yang berfungsi membantu golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan, khususnya ketika berlaku bencana, pandemik, dan krisis kemanusiaan. Dalam konteks ini, bank makanan muncul sebagai mekanisme yang pantas dan berkesan bagi mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa terjejas. Namun, struktur agihan zakat tradisional sering menghadapi kekangan dari segi penyelarasan dengan inisiatif kecemasan seperti bank makanan, menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan dengan segera. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis peranan dana zakat dalam menyokong operasi bank makanan ketika bencana dan krisis, serta menilai potensi kerjasama strategik antara institusi zakat, masjid, NGO dan komuniti setempat. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis literatur dan temu bual separa berstruktur bersama pengendali bank makanan di Malaysia. Hasil kajian mencadangkan model bank makanan bantuan bencana di masjid yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan bantuan. Antara item bantuan termasuk makanan asas, minuman, kit kebersihan, peralatan tidur, pakaian, kelengkapan ibadah dan keperluan perubatan. Kajian menegaskan bahawa institusi zakat perlu melenturkan birokrasi agihan agar dana zakat dapat disalurkan dengan lebih cepat, teratur, dan patuh syariah. Kesimpulannya, pemerkasaan peranan dana zakat dalam menyokong bank makanan bukan sahaja mempercepatkan agihan bantuan, malah memperkukuh fungsi sosial zakat dalam menangani cabaran semasa.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Mohammad Amir Wan Harun , Mastura Abd Wahab, Jasni Sulong , Faisal Husen Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Mohd Shahid Azim Mohd Saufi, Ali Imran Sinaga, Wafdi Auni Mohamed

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.














