Landskap Wakaf di Malaysia: Antara Legasi Agung dan Literasi yang Terhad dalam Memperkasa Institusi Pengurusan Islam

Authors

  • Suraini Saufi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Nurul Akma Mohamed Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)
  • Mujiburrahman Muhammad Saleh Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)
  • Hamidi Abdul Ghani Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol7no1.229

Keywords:

wakaf, literasi, tadbir urus, inovasi

Abstract

Wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi, namun tahap literasi mengenai wakaf dalam kalangan masyarakat sering kali dipersoalkan. Walaupun banyak kajian terdahulu menumpukan kepada aspek tadbir urus, pelaksanaan, inovasi, dan sumbangan wakaf kepada masyarakat, kurangnya penekanan diberikan terhadap tahap kefahaman masyarakat mengenai konsep dan peraturan wakaf. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap literasi wakaf dalam empat tema literasi iaitu Hukum dan Syarat Wakaf, Jenis dan Bentuk Harta Wakaf, Kebolehan Mengubah Harta Wakaf dan Pembangunan Ekonomi dan Impak Sosial.  Kaedah kuantitatif melalui kaedah pengumpulan data menggunakan borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden dari seluruh Malaysia. Seramai 280 responden telah memberi maklum balas terhadap kajian ini.  Data ini dianalisis secara deskriptif melalui nilai min (mean). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap literasi wakaf secara umum berada pada tahap yang sederhana, dengan kekurangan kefahaman yang signifikan dalam aspek perundangan dan tatacara pelaksanaan. Kajian ini turut mendapati bahawa literasi yang rendah boleh menyekat pembangunan inovasi dalam sektor wakaf dan mengurangkan sumbangan masyarakat. Sumbangan kajian ini terletak pada cadangan strategik yang dicadangkan, seperti program pendidikan dan kesedaran yang lebih komprehensif, yang boleh membantu meningkatkan tahap literasi dan seterusnya memaksimumkan manfaat wakaf dalam kalangan masyarakat. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu institusi pengurusan wakaf merancang inisiatif yang lebih berfokus untuk menggalakkan penglibatan masyarakat secara lebih aktif.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2026-03-19

How to Cite

Saufi, S., Mohamed, N. A., Muhammad Saleh, M., & Abdul Ghani, H. (2026). Landskap Wakaf di Malaysia: Antara Legasi Agung dan Literasi yang Terhad dalam Memperkasa Institusi Pengurusan Islam. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 7(1), 1-19. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol7no1.229

Issue

Section

Regular Issues