Peranan Reputasi dalam Meningkatkan Kepercayaan Pembayar Zakat: Kajian Empirikal

Authors

  • Abidah Ab Kadir Islamic Business School University Utara Malaysia
  • Syarifah Md Yusof Islamic Business School University Utara Malaysia
  • Nor Aina Mhd Khotib Islamic Business School University Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol6no1.199

Keywords:

Reputasi, Kepercayaan, Zakat, Institusi Zakat, Media Sosial

Abstract

Kajian ini meneliti peranan reputasi dalam membina dan meningkatkan kepercayaan pembayar zakat terhadap institusi zakat. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini menganalisis data daripada 385 pembayar zakat melalui soal selidik berstruktur. Hasil analisis regresi menunjukkan bahawa reputasi memainkan peranan signifikan dalam meningkatkan kepercayaan pembayar zakat (B = 0.66, p < 0.01), menyokong Teori Kepercayaan dan Teori Reputasi. Dapatan ini selari dengan kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa reputasi yang baik meningkatkan keyakinan terhadap institusi zakat, sementara ketidakjelasan dalam pengurusan dana boleh menghakis kepercayaan. Selain itu, kajian ini mengesahkan bahawa media sosial berperanan penting dalam membentuk reputasi dan persepsi masyarakat terhadap institusi zakat. Dari sudut implikasi praktikal, institusi zakat perlu memperkukuhkan ketelusan, komunikasi strategik dan penglibatan komuniti untuk mengekalkan reputasi yang positif dan memastikan kepercayaan berterusan daripada pembayar zakat. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada institusi zakat untuk memperbaiki strategi pengurusan reputasi, sekaligus menyumbang kepada literatur akademik dalam bidang pengurusan zakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-03-14

How to Cite

Ab Kadir, A., Md Yusof, S., & Mhd Khotib, N. A. (2025). Peranan Reputasi dalam Meningkatkan Kepercayaan Pembayar Zakat: Kajian Empirikal. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 6(1), 61-89. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol6no1.199

Issue

Section

Regular Issues