Analisis Bibliometrik Penerbitan Prestasi Institusi Kewangan Islam dalam Pangkalan Data Scopus

Authors

  • Fadzila Azni Ahmad Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol5no1.185

Keywords:

Prestasi, Institusi Kewangan Islam, Perbankan Islam, Scopus, Analisis Bibliometrik

Abstract

Makalah ini bertujuan menjalankan analisis bibliometrik ke atas penerbitan berkaitan prestasi institusi kewangan Islam dalam pangkalan data Scopus sepanjang tempoh 1996 - 2023 untuk memberikan penilaian saintifik trend global dan prospek penyelidikan institusi kewangan Islam. Reka bentuk, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk menghasilkan makalah ini ialah menerusi analisis bibliometrik dengan memberikan tumpuan kepada trend penerbitan prestasi institusi kewangan Islam berdasarkan tahun penerbitan, jenis penerbitan, negara afiliasi pengarang yang prolifik, jurnal prolifik, sitasi dan pemetaan kolaborasi pengarang prolifik. Sebanyak 395 penerbitan telah diteliti dalam kajian ini. Kuantiti tahunan penyelidikan yang diterbitkan sebelum tahun 2011 menuruti kadar pertumbuhan penerbitan yang rendah; manakala kuantiti penerbitan selepas tahun 2011 dilihat mempunyai kadar pertumbuhan yang pesat. Negara afiliasi pengarang yang mempunyai bilangan penerbitan tertinggi dalam bidang penyelidikan prestasi institusi kewangan Islam ialah Malaysia diikuti Indonesia dengan jumlah penerbitan kedua-dua negara sebanyak 214 (54.18%) penerbitan. Journal Of Islamic Accounting And Business Research merupakan jurnal paling produktif dalam penerbitan penyelidikan berkaitan prestasi institusi kewangan Islam. Secara umumnya penerbitan prestasi institusi kewangan Islam dalam pangkalan data Scopus (1996-2023) tertumpu kepada kata kunci instutisi perbankan, prestasi kewangan, prestasi perbankan dan tadbir urus korporat. Perkara ini dapat memberikan gambaran menyeluruh dan cadangan penyelidikan masa hadapan bagi prestasi institusi kewangan Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2024-03-31

How to Cite

Fadzila Azni Ahmad. (2024). Analisis Bibliometrik Penerbitan Prestasi Institusi Kewangan Islam dalam Pangkalan Data Scopus. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 5(1), 157-179. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol5no1.185

Issue

Section

Regular Issues