Analisis Prinsip Al-Darurah Dalam Pinjaman Berasaskan Riba Bagi Tujuan Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Minoriti Muslim
DOI:
https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no01.17Keywords:
darurat, minoriti muslim, perumahan, pinjaman, ribaAbstract
Minoriti muslim merupakan satu kelompok masyarakat muslim yang hidup dalam sesebuah negara bukan Islam. Realiti ini telah menimbulkan beberapa bentuk kesempitan hidup dalam masyarakat ini yang perlu ditangani dengan baik. Antaranya, isu pemilikan rumah yang merupakan salah satu keperluan asas mereka. Namun begitu, institusi kewangan Islam di negara Barat adalah terhad bagi membenarkan pembelian rumah dibuat selari dengan syarak. Hal ini menyebabkan masyarakat minoriti muslim melakukan pinjaman perumahan Barat yang mengandungi riba perbankan. Menariknya, transaksi tersebut diharuskan melalui fatwa dari Majlis Penyelidikan Fatwa Eropah dengan alasan situasi yang dihadapi oleh komuniti tersebut adalah darurat. Sedangkan, majoriti ulama mengharamkan sebarang bentuk transaksi berasaskan riba. Persoalannya, adakah terdapatnya pertimbangan prinsip darurat yang berbeza sehingga menimbulkan dua fatwa yang bertentangan dalam isu ini? Justeru itu, kajian dijalankan bagi menilai prinsip darurat yang menjadi asas fatwa yang membenarkan pinjaman riba bagi pembelian rumah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan metodologi campuran iaitu pengumpulan data perpustakaan dan analisis data. Kajian merumuskan bahawa, darurat merupakan situasi kritikal yang membenarkan beberapa tasarrufat yang asalnya dilarang dalam keadaan biasa. Namun begitu, terdapat alasan-alasan yang dijadikan asas fatwa pembelian rumah perlu dinilai kembali melalui prinsip darurat yang telah ditetapkan secara sistematik oleh sarjana Islam.