Pembiayaan Al-Qard menerusi Dana Zakat kepada Usahawan Asnaf B40 MAIWP

Authors

  • Norhayati Mohamad Nor Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Basir Mohamad Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol4no3.150

Keywords:

Pembiayaan al Qard, MAIWP, Dana Zakat, usahawan asnaf, B40

Abstract

Al-Qard ialah suatu kontrak pinjaman yang melibatkan dua pihak yang bertujuan untuk kebajikan sosial selain memenuhi keperluan kewangan jangka pendek peminjam. Manakala amaun bayaran pinjaman adalah sama dengan amaun yang dipinjam. Terdapat pandangan ulama yang mengharuskan dan yang tidak mengharuskan pembiayaan al-Qard menerusi dana zakat kepada usahawan asnaf. Di samping itu, terdapat fatwa di Malaysia yang menolak dan yang mengharuskan pembiayaan al-Qard menerusi dana zakat kepada usahawan asnaf. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati justifikasi menjalankan pembiayaan al-Qard menerusi dana zakat kepada usahawan asnaf B40 MAIWP sangat releven kerana terdapat usahawan Asnaf B40 memohon pinjaman kepada institusi lain melalui skim pembiayaan AIM dan skim pembiayaan TEKUN. Dalam pada itu, pembiayaan al-Qard telah dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan wang zakat seperti program i-Bangkit di Bank Islam dan pinjaman peribadi dalam kalangan kakitangan MAIWP. Begitu juga terdapat model Pembiayaan al-Qard yang menggunakan dana zakat telah dibentuk dalam Pembiayaan Mikro Kredit Alliance Islamic Bank Berhad, Skim Pembiayaan Mikro Kredit LZNK dan Skim Bantuan Pinjaman Perniagaan di Pusat Zakat Melaka.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2023-09-29

How to Cite

Mohamad Nor, N., & Mohamad, A. B. . (2023). Pembiayaan Al-Qard menerusi Dana Zakat kepada Usahawan Asnaf B40 MAIWP. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 4(3), 23-48. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol4no3.150

Issue

Section

Regular Issues