Mobilisasi Pemasaran Elektronik Mulut ke Mulut Dalam Keusahawanan Sosial Islam

Authors

  • Murni Yusoff Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.142

Keywords:

pemasaran elektronik mulut ke mulut, keusahawanan sosial Islam, perniagaan dalam talian, electronic word-of-mouth marketing, Islamic social entrepreneurship, online business

Abstract

Pemasaran elektronik mulut ke mulut (eWOMM) merupakan salah satu saluran pemasaran yang semakin popular digunakan dalam platform perniagaan dalam talian pada masa kini. Pemasaran ini telah diiktiraf kepentingannya berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Walaupun eWOMM telah dibincangkan secara meluas dalam literatur, namun eWOMM dalam keusahawanan sosial Islam secara khususnya kurang dibincangkan dalam kalangan penyelidik. Keusahawanan sosial Islam dilihat semakin penting dalam fasa endemik bagi memastikan kebajikan masyarakat terjaga secara keseluruhannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk eWOMM yang sesuai diguna pakai dan dimobilisasikan dalam keusahawanan sosial Islam. Data dikumpul menggunakan data sekunder dan dianalisis secara analisis dokumen, Dapatan kajian menunjukkan dua bentuk eWOMM yang dilihat sesuai untuk diguna pakai dan dimobilisasikan dalam aktiviti keusahawanan sosial Islam bagi meningkatkan keterlihatan dan prestasi perniagaan usahawan-usahawan yang terlibat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Yusoff, M. . (2022). Mobilisasi Pemasaran Elektronik Mulut ke Mulut Dalam Keusahawanan Sosial Islam. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 3(3), 133-145. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.142

Issue

Section

Special Issue