Pelaksanaan Projek Keusahawanan Sosial Melalui Dana Syubhah: Kajian Kes Sekolah Rendah Agama Bahrul Ulum (SRIBU), Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Authors

  • Radieah Mohd Nor Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.139

Keywords:

dana syubhah, keusahawanan sosial, analisis SWOT, syubhah fund, social entrepreneurship, SWOT analysis

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat pengurusan dana syubhah yang disalurkan untuk kegiatan keusahawanan sosial. Pemilihan projek ini dilaksanakan menggunakan analisis SWOT bagi menilai kekuatan (S), kelemahan (W), peluang (O) dan ancaman (T) dalam sesebuah projek. Penilaian ini penting untuk memilih projek terbaik bagi membelanjakan peruntukan dana dari Maybank Islamic Asset Management Sdn Bhd (MIAM). Kewangan sekolah yang tidak kukuh membuatkan projek penternakan arnab pedagang yang dilaksanakan di sekolah agama swasta iaitu Sekolah Rendah Agama Bahrul Ulum (SRIBU), Pulau Pinang dipilih dengan usaha sama antara agensi perbankan MIAM dengan kerjasama Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia (USM). Menggunakan agihan dana wang syubhah, projek ini menggunakan konsep keusahawanan sosial yang bertujuan untuk menambah pendapatan sekolah untuk membiayai kos operasi dan kos pembinaan sekolah. Projek ini turut memiliki cabaran dari sudut tenaga kerja dan pemasaran produk. Walau bagaimanapun, cabaran ini telah berjaya diatasi. Projek sebegini juga dilihat berpotensi besar untuk dilakukan di sekolah lain sebagai sumber pendapatan untuk menampung kewangan pihak sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Mohd Nor, R. (2022). Pelaksanaan Projek Keusahawanan Sosial Melalui Dana Syubhah: Kajian Kes Sekolah Rendah Agama Bahrul Ulum (SRIBU), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 3(3), 95-108. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.139

Issue

Section

Special Issue