Analisis Bibliometrik Ke Atas Hisbah Dan Ombudsman Dalam Pangkalan Data Scopus

Authors

  • Fadzila Azni Ahmad Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia
  • Azrin Ibrahim Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.137

Keywords:

hisbah, ombudsman, analisis bibliometrik, Pangkalan Data Scopus, bibliometric analysis, Scopus Database

Abstract

Tingkah laku tidak beretika yang semakin berleluasa di setiap peringkat di seluruh dunia adalah membimbangkan. Untuk mengatasinya, undang-undang dan peraturan amat diperlukan. Antara mekanisme yang terkenal untuk mengatasi masalah tersebut ialah hisbah dan ombudsman. Untuk memahami kajian semasa yang berkaitan dengan hisbah dan ombudsman, analisis bibliometrik dalam makalah ini membincangkan kerjasama antarabangsa dan antara institusi, menggambarkan trend penerbitan saintifik, dan mengenal pasti tumpuan utama penyelidikan mengenai hisbah dan ombudsman yang dikenal pasti. Analisis bibliometrik ini juga menilai impak, penyelidik yang terlibat, dan institusi yang menjalankan penyelidikan mengenai hisbah dan ombudsman. Semua penerbitan dalam jurnal berwasit dimasukkan dalam analisis bibliometrik ini yang dikumpulkan dengan teliti daripada pangkalan data Scopus. Tinjauan dalam makalah ini terdiri merangkumi 1176 dokumen. Majoriti penerbitan (58.16%) melibatkan perspektif sains sosial; Majlis Penyelidikan Ekonomi dan Sosial (ESRC) di United Kingdom membiayai paling banyak penyelidikan dalam hisbah dan ombudsman (0.53%); 6.93% penerbitan telah diterbitkan dalam Journal of Social Welfare and Family Law; 2.37% ditulis oleh atau dengan Kirkham, R; 6.5% ditulis oleh penulis dari Niehenke Consulting, Baltimore, Amerika Syarikat; dan penyelidik Amerika Syarikat menghasilkan artikel paling banyak (21.23%). Tumpuan utama sepuluh penerbitan menerima sitasi teratas mengenai penyelidikan hisbah dan ombudsman juga dikemukakan dalam makalah kerja ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Ahmad, F. A., & Ibrahim, A. (2022). Analisis Bibliometrik Ke Atas Hisbah Dan Ombudsman Dalam Pangkalan Data Scopus. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 3(3), 79-94. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.137

Issue

Section

Special Issue