Peningkatan Kualiti Modal Insan Untuk Keusahawanan Sosial Islam di Malaysia

Authors

  • Siti Hajar Mohd Zaid Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Siti Nur Aafifah Hashim UCSI Universiti

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.136

Keywords:

Pembangunan modal insan, Keusahawanan sosial, Kesejahteraan sosial, Human capital development, Social entrepreneurship, Social harmony

Abstract

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat di Malaysia. Aspirasi ini di dokong oleh strategi dalam Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 (SEMy2030). Walau bagaimanapun, setiap program pembangunan pasti berhadapan isu dan cabaran tersediri. Antara cabaran bagi kemapanan SEMy2030 ini adalah kekurangan tenaga mahir yang mengakibatkan strategi SEMy2030 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Mengambil kira isu tersebut, artikel ini akan mencadangkan usaha kearah peningkatan kualiti modal insan dari sudut perspektif Islam supaya dapat memberi impak yang holistik kepada komuniti secara lestari sejajar dengan matlamat SEMy2030. Pembangunan modal insan dari perspektif Islam memfokuskan manusia sebagai matlamat utama untuk dibangunkan berpandukan kepada sumber-sumber Islam dan elemen spiritual manusia bagi mencapai kesejahteraan dan kebaikan. Justeru, empat ciri dicadangkan dalam artikel ini bagi membantu meningkatkan kualiti modal insan iaitu beriman, berakhlak, berilmu, kreatif dan kritis. Analisis menggunakan ayat-ayat al-Quran yang bertepatan dengan ciri-ciri-tersebut mendapati ciri-ciri tersebut berpotensi mempertingkatkan lagi kualiti modal insan jika dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Mohd Zaid, S. H., & Hashim, S. N. A. (2022). Peningkatan Kualiti Modal Insan Untuk Keusahawanan Sosial Islam di Malaysia . AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 3(3), 53-66. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.136

Issue

Section

Special Issue