Hala Tuju Transformasi Usahawan Asnaf Oleh Institusi Zakat Malaysia: Satu Penerokaan Awal

Authors

  • Najwa Mohd Khalil Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia
  • Shereeza Mohamed Saniff Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.134

Keywords:

Hala Tuju, Usahawan, asnaf, Usahawan Asnaf, Institusi Zakat, Direction, Entrepreneur, Asnaf Entrepreneurial Program, Zakat Institution

Abstract

Kepelbagaian program pengurusan kemiskinan asnaf yang telah dirangka oleh institusi-institusi zakat di Malaysia menunjukkan kesungguhan institusi tersebut dalam menjalankan amanah mereka sebagai usaha untuk memastikan hak kepada golongan asnaf dipenuhi. Antara inisiatif yang dijalankan adalah dengan menyediakan pelbagai peluang kepada asnaf (fakir dan miskin) supaya golongan ini mampu menjalani kehidupan seharian mereka di samping membina potensi diri untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Salah satu peluang yang diberikan ini adalah dalam bentuk bantuan kewangan berbentuk modal perniagaan kepada asnaf yang berminat menceburi bidang keusahawanan. Makalah ini bertujuan untuk melihat sasaran atau matlamat institusi zakat di Malaysia dalam membantu membangunkan usahawan asnaf. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mengambil perspektif sumber sekunder untuk merungkai wacana hala tuju transformasi usahawan asnaf di Malaysia. Dapatan menunjukkan mentransformasikan usahawan asnaf diusahakan oleh pelbagai bentuk institusi zakat, samada yang korporat mahupun di bawah MAIN atau di bawah Sultan. Dari segi hala tuju pembangunan usahawan terdapat usahausaha yang dijalankan oleh institusi zakat itu secara sendiri atau yang melibatkan agensi lain di Malaysia. Namun, didapati terdapat ruang untuk diteliti dan diperkemaskan lagi hala tuju transformasi keusahawanan asnaf sebagai satu dokumen yang jelas dan boleh dijadikan panduan serta rujukan dalam usaha menyantuni golongan ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Mohd Khalil, N. ., & Mohamed Saniff, S. (2022). Hala Tuju Transformasi Usahawan Asnaf Oleh Institusi Zakat Malaysia: Satu Penerokaan Awal. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 3(3), 67-78. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no3.134

Issue

Section

Special Issue