Bantuan Zakat Kepada Asnaf Pelajar Menerusi Aplikasi E-Wallet (Kiplepay): Analisis Di Universiti Utara Malaysia

Authors

  • Mohd Murshidi Bin Mohd Noor Universiti Utara Malaysia
  • Ahmad Khilmy Bin Abdul Rahim Universiti Utara Malaysia
  • Muhammad Nasri Bin Md. Hussain Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no01.13

Keywords:

Zakat, kiplePay, e-wallet

Abstract

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengagihkan semula zakat pendapatan di kalangan staf-staf Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk diberikan bantuan kepada asnafasnaf yang memerlukan di Universiti Utara Malaysia yang terdiri daripada golongan pelajar, staf, komuniti luar dan agensi yang menguruskan hal ehwal asnaf. Pada tahun 2018 dan 2019, pengurusan zakat UUM memutuskan untuk menyalurkan bantuan zakat kepada pelajar menerusi aplikasi e-wallet (kiplePay). Tujuan artikel ini dilakukan adalah untuk menganalisis dari sudut hukum syarak mengenai bantuan yang diberikan menerusi aplikasi kiplePay tersebut. Kajian dilakukan secara kualitatif iaitu temubual bersemuka dan rujukan dokumen. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan bantuan zakat kepada pelajar di UUM menerusi aplikasi e-wallet (kiplePay) adalah selari dengan hukum Islam. Ia didapati sangat baik dan dapat mengawal perbelanjaan pelajar agar tidak digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Kajian juga mendapati  a sesuai untuk digunakan di instutisi pendidikan lain yang mempunyai pelajar yang celit IT dan mempunyai teknologi IT yang bersesuaian. 

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2020-09-14

How to Cite

Bin Mohd Noor, M. M., Bin Abdul Rahim, A. K., & Bin Md. Hussain, M. N. (2020). Bantuan Zakat Kepada Asnaf Pelajar Menerusi Aplikasi E-Wallet (Kiplepay): Analisis Di Universiti Utara Malaysia . AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 1(1), 102-115. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no01.13

Issue

Section

Regular Issues